top of page

Sejarah Penubuhan

  • SMK Alam Megah memulakan sesi persekolahan pertama pada 1 Disember 1993 dengan menumpang di SMK 24, Shah Alam dengan pelajar seramai 145 orang dan 6 orang guru.

​

  • Pada 18 Jun 1994 pihak pemaju menyerahkan bangunan SMK Alam Megah kepada Jabatan Pendidikan Selangor, Pegawai Pendidikan Daerah Petaling dan pihak sekolah dan pada 1 Julai 1994 bermula hari pertama sesi persekolahan secara rasmi. Pihak sekolah menerima tambahan 136 orang. pelajar Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 dan Sekolah Menengah Seksyen 18, Shah Alam.

​

  •  Nama SMK Alam Megah adalah bersempena dengan kedudukan sekolah ini di Taman Alam Megah Seksyen 27, Shah Alam dan diterajui oleh Puan Nurhani Md. Said selaku pengetua pertama. Sebagai memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan "Sekolah Dalam Taman",sekolah ini dipilih untuk Program Penghijauan Alam Sekitar dan pada 16 Januari 1995, pijah JACTIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerahkan 500 anak pokok untuk program tersebut. Pihak JACTIM diwakili oleh Dato' Haji Abdul Talib b. Mohd Zin mewakili Pengarah Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia.

​

  • Bagi menjalin hubungan harmonis antara pihak sekolah dengan ibu bapa, mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan pada 21 Januari 1995. Dianggotai oleh semua warga pendidik SMK Alam Megah dan 616 orang ibu bapa. Encik Zainal b. Rahmat dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG pertama. Tanggal 25 September 1995, kumpulan pertama anak didik sekolah ini menduduki PMR dan pada Disember 1995 kelas Tingkatan 4 dibuka dan kumpulan ini telah menduduki SPM pada November 1997.

​

  • Pn. Nurhani Md. Said, pengetua pertama sekolah ini telah menamatkan perkhidmatannya sebagai pengetua di sekolah kerajaan dan menceburi bidang pendidikan swasta .Kekosongan ini menyebabkan SMKAM amat menantikan kehadiran pengganti beliau iaitu Pn. Hajjah Zawiah bt.Mustapha pada 16 September 1997. Mulai tahun 2007 hingga awal 2014, SMK Alam Megah dipimpin oleh Pn Hjh Miss Yati bt. Dani. Setelah persaraan Pn Hjh Miss Yati, SMK Alam Megah dipimpin oleh Tn Hj. Kamali bin Murid.

  • White Instagram Icon

Contact Us

Address

© Copyright 2023 by Admin SMKAM. Proudly created with Wix.com

Tel: 03-51910709

Fax: 03-51920442

Email: BEA8622@moe.edu.my

SMK Alam Megah,

Jalan Sungai Batu 27/72,

Seksyen 27,

40400 Shah Alam, Selangor

bottom of page