PEMBUGARAN FROG
- Admin
- Feb 5, 2018
- 1 min read
TARIKH : 5/02/2018
MASA: 8.35 PAGI
TEMPAT : DEWAN ANGGERIK SMK ALAM MEGAH
Pengenalan
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Objektif
Program yang dirancang untuk mengingatkan warga sekolah tentang pelaksanaan Frog VLE di sekolah
Memberi penghargaan kepada guru dan murid yang terlibat dalam meningkatkan penggunaan Frog VLE
Memberi motivasi kepada guru dan murid untuk menggunakan Frog VLE sebaga salah satu medium untuk meningkatkan keberkesanan PdPc



Comments